Tuesday, April 12, 2011

DURIAN..hohoho

hari ini gua akan bercerita pasal Durian..haha mcm pelik je,tak apa..continue..:p
memandangkan sekarang ini musim orang tengah gila durian,memang jalan dekat mana-mana pun boleh nampak ada orang jual tepi-tepi jalan..:p macam-macam jenis dah durian sekarang ini..siap ada yg isi tebal la,biji kecik la..ada jagak yang jual timbang & ada juga yang masih baik hati dengan menjual secara longgok..bukan senang zaman sekarang ini nak cari orang yang jual durian secara "in bulk"..haha ..:p


hari ini punya cerita,petang tadi budak rumah aku ajak pergi jalan-jalan..ingat nak pergi dekat-dekat je..tengok-tengok sampai ke Kemaman..haha jalan-jalan cari durian..mula-mula kitaorang gerak dari petang 2,sampai dekat Kemaman dalam pukul 4 lebih dekat-dekat pukul 5 dah masa itu..cari punya cari tak juma-jumpa orang yang menjual duriannya,ada pun ciput dan mahal..jalan lagi terus ke depan,,hoho singgah dekat Telaga Simpul dulu,minum petang..lepas tu pergi Pantai Kemasik kejap,buat photoshoot sikit dulu baru gerak..haha (tak boleh tengok pemandangan yang cantik sikit,mesti nak ambil gambar,huhu) lepas dah gerak 2 ingat nak naik atas lagi straight ke Kuala Terengganu,tapi tak jadi sebab hari pun dah nak malam,didi esok ada presentation..yang aku ni pula esok ada quiz + test,2 pun tadi baru dapat tahu..last minit punya information lepas tu banyak chapter nak kena baca dalam satu malam..pergghhhh.. :(



balik dari Pantai Kemasik straight ke Kemaman balik,semua dah frust..sampai sahaja dekat Kemaman kitaorang saja pusing-pusing dekat pekan lama dia..ada pula orang jual durian dekat situ..banyak&n sederet pulak 2..peeerrghh,bau dia jagan cakap la kan..haha dah stop dekat situ,ingat nak makan sikit ja..13 biji kitaorang sebat..terbaik boh durian dia..dengan rasa dia,bau dia,lemak dia..memang complete la..lagi satu dekat situ still ada lagi orang yang menjual dalam "BULK"..haha tunggu apa lagi,sapu bersih la..:p yum3..:D






tak percaya tengok gambar dekat bawah ni..huhu..



p/s : sorry syg sebab tak dapat nak bawak balik,sebab saya naik kereta orang,dia tak bagi bawa balik.. :)




Terbaek boh..!!



Uncle,kasi lgi sepoloh..haha 



Rugi kalau tak rasa..perghh..!!


Isi lawa,comel2..haha :p




Sunday, March 27, 2011

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA



Jika kamu memancing ikan..Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu..Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup..Begitulah juga.....Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang..Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya..Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja..Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu..Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh..cukuplah sekadar keperluanmu..Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya..!!! Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL....


random tags..sampaikan kebenaran walaupon ianya perit :)

Tuesday, March 22, 2011

Tips Penjagaan Kereta



Perhatikan tayar cukup angin.. Tiada benda pelik melekat di bahagian tayar atau mana-mana bahagian kereta.. Jika tayar anda selalu kehilangan tekanan angin bermakna kemungkinan besar paku telah tertembus pada tayar anda.. Kenapa tayar kereta tidak pancit terus dan hanya hilang angin sedikit demi sedikit..?? Kerana tayar kereta menggunakan teknologi tubeless iaitu tanpa tiub dan angin akan masih berada di dalam tayar walaupun tertusuk paku.. Selalunya paku berada di bahagian tepi jalan yang ditabur oleh TAUKEY TIUB yang target untuk memancitkan tayar penunggang motor.. Oleh itu, jika memandu, janganlah terlalu ke kiri.. Lagipun lorong di kiri adalah untuk penunggang motor, basikal dan pejalan kaki..

Sebelum memulakan perjalanan, hidupkan enjin dan tunggu sehingga injin melahu pada kadar RPM yang normal kemudian baru jalan.. Sebelum hidupkan injin, "ON"kan suis dan tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam sebelum injin hidup.. Dengan cara ini, enjin anda akan lebih berkuasa di jalan dan menjimatkan minyak serta tahan lebih lama..














Pam Tayar Pada Tahap Yang Betul







Seminggu sekali kalau boleh, periksa lampu brek ketiga dan semua lampu brek.. Pastikan ia berfungsi.. Buka bonet enjin, buka penutup bateri dan periksa air bateri.. Pastikan ianya berada pada aras antara minimum dan maksimum.. Buka penutup minyak brek (Botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet enjin), pastikan minyaknya mencukupi.. Cari jarum pemeriksa minyak enjin.. Untuk kancil ia ada di bahagian depan dekat belt yang bergerak kalau enjin hidup (pemegang warna kuning).. Cabut dan lapkan minyak di jarum tersebut dan kemudian masukkan kembali jarum tu.. Bilang sampai lima dan cabut kembali.. Minyak mesti berada pada aras di antara minimum dan maksimum.. Kalau bawah daripada minimum, masukkan sedikit minyak injin sehingga ke paras yang saya katakan tadi.. Untuk kereta auto, cari jarum yang lebih kurang sama bentuknya tapi berada di sebelah yang bertentangan dengan jarum yang pertama (untuk periksa minyak gear box).. Lakukan perkara yang sama seperti yang pertama..










Periksa Tahap Minyak / Oil Check 





Uji Lampu Belakang / Check Tail light

Sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar.. Tekanan yang sesuai ada di catatkan di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu.. Periksa juga tekanan tayar simpanan (PENTING masa KECEMASAN).. Setiap 3 bulan (kalau setiap hari guna kereta untuk ke tempat kerja, pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai.. Jika tayar anda sudah hampir botak, pergi ke kedai tayar dan tukar secepat mungkin.. Tayar depan lebih penting kerana kawalan kereta bergantung padanya.. Untuk periksa harga tayar, boleh tengok2 di laman web www.lelong.com.my atau pergi je kedai tayar buat survey dulu baru tukar.. Jangan sampai kena tipu beli tayar celup..


Setiap 5,000 km pergi ke workshop, tukar minyak injin (jika gunakan minyak biasa), tukar penapis minyak (oil filter) setiap 2 kali tukar minyak injin dan tukar plag setiap 3 kali tukar minyak injin.. Kalau kereta model lama (kancil 660 sehingga 1996) yang pakai “Petnam” atau contact point, suruh meknaik cuci contact point setiap 3 kali tukar minyak injin dan tukar setiap 9 kali tukar minyak injin.. Kalau nak buat sendiri pun boleh.. Pergi kedai hardware, beli strap wrench atau cup wrench untuk buka oil filter kereta anda.. Beli oil filter dalam RM10, minyak hitam Shell Helix sudah memadai untuk prestasi yang baik dengan harga RM43 untuk botol 3 liter bagi kenderaan bersaiz kecil seperti kancil dan 4 liter untuk kereta bersaiz besar.






Minyak Enjin/Hitam / Engine Oil





Penapis Minyak / Oil Filter





Palam Pencucuh / Spark Plug


Digalakkan setiap bulan anda hantar kereta anda ke kedai cuci kereta atau car wash. Ini penting bagi memastikan semua tempat dalam kereta anda bersih dan kereta anda lambat nampak buruk ditelan masa.


Sayangi kereta anda, jaga kereta anda..



Sedang D'bsuh..:D





Hasilnya..huhu :D


Tuesday, October 19, 2010

BiLa Kita Boleh Menjadi TUNANGAN orang tanpa sedar~Harus baca!




Eh, besar gedabaknya cincin..Hehe

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.



Situasi yang dianggap pinangan:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.



Contoh:

"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"

Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redhaatau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.


Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.

Isu ni saya kupas balik berdasarkan video yang boleh anda lihat kat bawah ni:






Friday, September 24, 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA...

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Tuesday, August 10, 2010

First Blog..

Starting of my story..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
under construction,hehe ;p